Attention !

If you need more translation, please press this translation button. Anything, directly contact to the owner Mr.Aron:
+6016-7353476

Translate

Sunday, October 31, 2010

Pengenalan


Pemandangan Homestay Gelang Patah
Kehijauan Pepohon Rendang
Terima kasih kerana mengunjungi aron homestay blog . Saya di sini mengalu-alukan kedatangan tuan/puan sekeluarga. Homestay ini adalah satu-satu homestay yang terletak di Gelang Patah yang menawarkan penginapan ala kampung melayu . Suasana perkampungan yang damai dan tenteram dengan kehijauan pepohon kelapa dan pohon rambutan pastinya memberi ketenangan kepada semua pengunjung. Homestay ini  berdekatan dengan Bandar Nusajaya atau Kota Iskandar dan bersebelahan laluan kedua ke Singapura. Kedudukan yang strategik ini memberi peluang penduduk kota  lari dari kesibukan bandar buat seketika dan beristirehat bersama-sama keluarga yang tercinta.

Plan Lokasi Homestay

Homestay ini terletak di tengah-tengah Pekan Gelang Patah. Perjalanan dari perhentian bas dan teksi Gelang Patah ialah lebih kurang 5 minit sahaja. Homestay ini terletak di kampung Melayu Gelang Patah dan berdekatan kilang membuat kayu arang, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Pusat Pentadbiran Kota Iskandar Malaysia, Puteri Harbour, Padang Golf Leisure Parm, Tanjung Kupang, Pusat Industri Park Gelang Patah dan Tapak Taman Tema LEGO LAND. Kedudukan homestay ini juga berdekatan Pengkalan Boat yang membawa trip memancing ke tengah laut Johor-Singapore.

Ruang tamu yang luas

Meja minum kopi

Ruang santai

Pengkalan boat memancing


Keperluan/Makanan

Terdapat pelbagai makanan istemewa seperti  otak-otak, asam pedas , satay , nasi ayam, makan barat,  masakan Thai, KFC dan  Saujana Sea Food  dan  Arena Restoran   yang popular dengan sajian makan laut  berdekatan homestay ini. Di samping itu terdapat kemudahan lain seperti Cimb Bank, Pam Minyak ( Shell ) , Pejabat Pos, Padang Futsal, Snooker, Cyber Cafe dan Kedai runcit yang boleh dinikmati oleh pengunjung,



Kemudahan homestay

Ruang bilik tidur yang selesa
Terdapat pelbagai kemudahan Homestay  :


1.  2 bilik tidur ( 2 katil besar )                                              
2.  1 bilik air dan bilik mandi  ( water heater )
3.  1 ruang tamu yang luas
4.  1 televisyen
5   2 kipas
4.  1 set kerusi rotan                                                               
6.  1 set meja makan ( 4 orang )
7.  1 set dapur
8.  1 peti sejuk 
9.  1 Periuk elektrik
10. 1 Pembakar roti
11. 1 mesin pengisar elektrik
12. 1 Cerik elektrik
13. 1 tempat parking kenderaan
14. 2 buah basikal untuk dewasa
15. Pelbagai pohon buah-buahan tempatan